Harian Metro

Kawal waktu mati

- Agensi

Seorang bekas jururawat disyaki membunuh sehingga 20 pesakit warga emas dengan cara mengawal kematian mereka bagi memastikan mereka tidak meninggal dunia ketika dia bertugas.

Ayumi Kuboki, 31, disyaki membunuh lelaki warga emas, Sozo Nishikawa, 88, di sebuah hospital di pinggir bandar Tokyo pada 2016, namun wanita itu turut dikaitkan dengan kematian sehingga 20 mangsa warga emas lain, lapor media.

Ayumi didakwa membunuh Nishikawa dengan menyuntik bahan disinfekta­n atau nyahjangki­t ke dalam titisan cecair intravenan­ya. Dia tidak lagi bekerja sebagai jururawat sejak kejadian itu.

Agensi berita Jiji memetik sumber polis melaporkan, suspek mengaku bahawa dia mencampurk­an disinfekta­n ke dalam titisan cecair intravena kepada kira-kira 20 pesakit.

Menurut Japan Times, Ayumi memberitah­u penyiasat, dia tidak senang dengan peraturan bahawa jururawat perlu memaklumka­n keluarga pesakit mengenai kematian ketika waktu tugasannya.

Menurut laporan, dia memberitah­u polis tugas memaklumka­n keluarga itu sesuatu yang ‘menyusahka­n.’

 Jururawat disyaki bunuh 20 warga emas, enggan pesakit mati ketika bertugas

Penyiasat menemui cecair dalam beg intravena Nishikawa dipercayai dimasukkan pada hujung syif Ayumi, yang mahukan pesakit itu mati selepas dia tamat waktu kerja.

Bahan sama turut ditemui dalam mayat tiga pesakit lain.

Asahi Shimbun melaporkan, polis percaya Ayumi bukan saja membunuh pesakit yang tenat apabila ada mangsa yang dikaitkan kematian dengannya sebenarnya tidak mempunyai masalah kesihatan serius.

FAKTA Ayumi tak mahu

maklumkan kematian kepada keluarga pesakit

 ??  ?? AYUMI
AYUMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia