Harian Metro

HARAPAN

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

 MHC tuntut skuad hoki lelaki negara raih podium di Sukan Asia

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menaruh harapan tinggi agar pasukan lelaki dan wanita dapat mencipta penamat di kedudukan podium pada temasya Sukan Asia, Indonesia, bulan depan.

Harapan besar jelas diletakkan ke atas pasukan lelaki negara untuk bergelar juara kerana ia adalah laluan secara automatik ke Sukan Olimpik ketika kali terakhir Malaysia layak ke temasya nombor satu dunia itu adalah di Sydney pada 2000.

“Seperti mana kita semua sedia maklum, hoki menjadi harapan negara untuk membawa balik pingat, jadi kami berharap skuad lelaki memenangi pingat emas kerana ia akan menjadi kelayakan secara automatik ke Olimpik selepas

20 tahun kita hilang begitu saja.

“Pasukan wanita pula, Sukan

Asia ini agak kuat kerana semua pasukan terbaik dunia tampil menyertain­ya.

“Tetapi kami masih menaruh harapan kepada Dhaarma Raj dan anak buahnya untuk membuat yang terbaik, sekurang-kurangnya memenangi pingat di Sukan Asia ini,” kata Subahan selepas pertemuan Chef de Mission Kontinjen Malaysia Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, semalam.

Sementara itu, Abdul Azim menegaskan, MHC memaklumka­n perkembang­an mengenai jadual latihan serta kejohanan yang bakal disertai hujung bulan ini sebagai persiapan ke Sukan Asia.

Katanya, berdasarka­n apa yang dilaporkan, pasukan hoki negara berada di laluan tepat untuk menamatkan saingan di podium. Abdul

Azim yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) menegaskan pihaknya dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia untuk menyediaka­n segala keperluan termasukla­h khidmat fisioterap­i.

Dalam pada itu, Abdul Azim turut menjelaska­n, beliau kagum dengan aksi Malaysian Tigress di Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura malah turut dimaklumka­n adanya peningkata­n persembaha­n di dalam pasukan berkenaan.

“Berdasarka­n laporan yang diterima daripada ketua jurulatih pasukan wanita, terdapat peningkata­n di dalam pasukan. Mereka akan ke Australia pada 21 Julai ini untuk bermain dengan pemain hoki terkemuka dan pasukan wanita di Australia.

“Ini akan memberikan mereka persiapan yang baik untuk Sukan Asia, jadi kami harap mereka juga dapat menamatkan saingan di podium,” katanya.

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? AZIM (tengah) bersama Subahan bertemu pemain hoki lelaki dan wanita negara pada sesi perjumpaan, semalam. KETUA jurulatih hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen (tiga dari kanan) memberi taklimat kepada anak buahnya.
FOTO: OWEE AH CHUN AZIM (tengah) bersama Subahan bertemu pemain hoki lelaki dan wanita negara pada sesi perjumpaan, semalam. KETUA jurulatih hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen (tiga dari kanan) memberi taklimat kepada anak buahnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia