Harian Metro

Usah cepat rasa bangga: Elavarasan

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Ketua jurulatih Melaka United, E Elavarasan menuntut anak buahnya tidak mendabik dada di sebalik kemenangan bergaya menewaskan Kedah 4-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, kelmarin.

Menurutnya, beliau berharap barisan skuad Hang Tuah terus konsisten dalam empat lagi baki perlawanan, sekali gus dapat memperbaik­i kedudukan di tangga ketujuh setakat ini.

“Kita berharap pemain mampu mempersemb­ahkan aksi konsisten pada empat baki aksi liga selepas ini dan bukannya mendabik dada dengan kemenangan selesa ini.

“Saya bimbang sikap itu boleh 'memakan diri' dalam usaha pasukan meraih kedudukan lebih baik di carta liga,” katanya.

Dalam perlawanan berkenaan, gol pembukaan Melaka hadir menerusi tolakan Khair Jefri Jones selepas menerima hantaran lintang Ifedayo Olusegun pada minit ke-33, diikuti jaringan R Gopinathan (gambar) pada minit ke-37 dan m-62 untuk gol kedua serta ketiga skuad tuan rumah.

Pelawat merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Paulo Rangel pada minit ke-52, namun Olusegun menyumbat gol keenam peribadiny­a sejak jendela perpindaha­n kedua, Mei lalu pada minit ke-84, sekali gus melenyapka­n impian Kedah untuk pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata.

Elavarasan bagaimanap­un mengakui gol awal yang dihasilkan Khair menjadi antara faktor kemenangan pasukannya walaupun pada awalnya persembaha­n dilihat seakan 50-50.

Sementara itu, pengurus Kedah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin mengakui permainan serba tidak menjadi dan penguasaan bola lemah menjadi antara faktor kekalahan Lang Merah.

“Situasi itu menyebabka­n tuan rumah menggunaka­n kesempatan dan ruang yang ada untuk merobek gawang kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia