Harian Metro

The Bos Gaurus mahu bangkit

-

Ipoh: Perak tiada pilihan selain bangkit dalam baki empat perlawanan jika ingin merealisas­ikan impian muncul naib juara Liga Super musim ini.

Jurulatihn­ya, Mehmet Durakovic berkata, tidak guna barisannya meratapi kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kelmarin sebaliknya mereka perlu bangkit menghadapi baki saingan.

“Perjuangan Perak belum berakhir, pemain perlu lupakan kekalahan ini dan bangkit dalam baki perlawanan jika ingin mencapai impian,” katanya.

Durakovic berkata, The Bos Gaurus tumpas kepada pasukan terbaik di Malaysia, namun berbangga kerana mampu memberikan tentangan sengit sehingga ke akhir perlawanan.

“Pemain Perak membuktika­n mereka layak sebagai pasukan kedua terbaik liga berdasar persembaha­n menentang JDT dan sudah mencuba sedaya upaya dalam perlawanan ini.

“Nyata malam ini bukan milik kami kerana dua percubaan singgah di palang dan tiang, manakala pelawat berjaya memanfaatk­an peluang mereka dengan baik,” katanya yang menyifatka­n hantaran lintang Safawi Rashid daripada sepakan percuma yang ditanduk masuk Hariss Harun pada minit ke-75 sebagai bertaraf tinggi.

Pada perlawanan itu juga, Perak mengalami nasib malang apabila pertahanan kanan, Amirul Azahan Aznan tercedera dan terpaksa diusung keluar untuk digantikan Idris Ahmad.

“Saya tidak tahu tahap kecederaan­nya tetapi berharap ia tidak teruk,” katanya yang turut mengucapka­n tahniah kepada JDT yang mengesahka­n kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

 ??  ?? PEMAIN Perak meraikan jaringan ketika menentang JDT, kelmarin.
PEMAIN Perak meraikan jaringan ketika menentang JDT, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia