Harian Metro

Gaviria ungguli peringkat keempat Tour de France

-

Sarzeu, Perancis: Pelumba basikal Colombia, Fernando Gaviria mengunggul­i perlumbaan peringkat keempat Tour de France, sekali gus kejayaan kedua buatnya selepas memenangi peringkat pembukaan.

Pelumba berusia 23 tahun dari pasukan Quick Step itu mempamer pecutan bertenaga dalam kelompok ramai menuju garisan penamat hingga berjaya memintas pelumba Jerman, Andre Grieppal dan bersaing hebat dengan Peter Sagan yang menduduki tempat kedua.

Kapten Sky, Chris Froome yang memburu rekod kejayaan kelima Tour de France dan semua pelumba pilihan yang berada di kedudukan teratas keseluruha­n turut menamatkan saingan dalam kelompok besar.

Bagaimanap­un nasib berbeza menimpa pelumba pasukan AG2R, Axel Domont yang mengalami patah tulang selangka selepas terbabit kemalangan ketika cuba mengelak penonton yang memasuki laluan perlumbaan untuk mengambil gambar.

Gaviria memenangi perlumbaan peringkat pertama pada Sabtu lalu dan jelajah ini adalah perlumbaan sulung buatnya bagi tahun ini.

“Semua orang di Colombia menyaksika­n Tour de France dan saya rasa seperti saya mewakili negara saya,” kata Gaviria.

“Pasukan ini bekerja sangat kuat untuk mengejar masa, tidak ada bantuan orang lain.

Penentuan di penamat bagaimanap­un sangat sengit dengan semua pelumba akhirnya menyaksika­n rakaman tayangan semula di skrin gergasi untuk melihat aksi mereka.

“Saya berjaya memintas Greiple dan itu sudah bagus. Berada di tempat kedua adalah lebih baik daripada ketiga,” kata Sargan.

 ??  ?? GAVIRIA (tengah) memecut ke garisan penamat.
GAVIRIA (tengah) memecut ke garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia