Harian Metro

CR7 milik Juve

- Agensi

 Ramos beri penghargaa­n kepada Ronaldo

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos memberi penghargaa­n kepada bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo selepas bintang sensasi itu membuat keputusan mengejut menyertai kelab gergasi Itali, Juventus.

Los Blancos mengesahka­n Ronaldo meninggalk­an Madrid untuk ke Turin dengan nilai perpindaha­n 99.2 juta pound (RM529.9 juta) selepas Presiden Juventus, Andrea Agnelli berlepas ke Greece untuk berjumpa penyerang itu dan membincang­kan perjanjian perpindaha­n berkenaan.

Ramos yang beraksi bersama Ronaldo selama sembilan musim di Bernabeu, mengetuai rakan lain dengan memberi ucapan terima kasih kepadanya selepas sah meninggalk­an Real.

“Jumlah gol dan semuanya yang dimenangi bersama membuktika­n kepada mereka mengenai kehebatan kita. Anda sudah mendapat tempat istimewa dalam sejarah Real Madrid sebagai ‘Madridista­s’ dan kami akan sentiasa mengingati anda. Ia satu penghormat­an bermain di samping anda. Selamat maju jaya,” tulis Ramos dalam akaun Twitter miliknya dengan disertakan gambar bersama Ronaldo meraikan kejayaan.

Gareth Bale juga tampil memberikan penghormat­an apabila menyifatka­n Ronaldo dalam akaun

Instagram miliknya sebagai seorang pemain luar biasa.

“Pemain hebat. Satu penghormat­an bermain di samping anda dalam tempoh lima tahun. Selamat maju jaya kawanku,” kata Bale.

Pemain tengah, Marco Asensio pula menganggap Ronaldo berjaya memberikan contoh terbaik buatnya dan dijadikan rujukan buat pemain muda.

“Satu kebanggaan dapat bermain di sampingnya, anda sentiasa menjadi contoh dalam apa juga perkara. Saya mengucapka­n selamat maju jaya di tempat baru,” kata Asensio dalam Twitter.

Ronaldo berjaya menyumd'Or bat 450 gol dalam 438 penampilan bersama

Madrid dengan memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara dan empat kali merangkul trofi La Liga dalam tempoh sembilan musim.

Bekas rakan sepasukann­ya di Madrid yang sekarang ini bersama Juventus, Sami Khedira juga memberi reaksi mengenai keputusan Ronaldo ketika dia bersedia untuk berganding semula dengan pemenang lima kali Ballon itu.

“Selamat datang ke Turin, Cristiano. Kita melalui saat gemilang di Madrid. Sekarang saya tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan anda. Hari ini ialah hari istimewa buat Juventus,” katanya.

Semalam, Real mengumumka­n perpindaha­n Ronaldo ke Juventus dengan bintang Portugal itu berkata, masanya sudah tiba untuk membina karier baru.

“Hari ini, Real Madrid mahu berterima kasih kepada pemain yang sudah membuktika­n dia adalah pemain terbaik di dunia dan menempuh satu daripada tempoh paling cemerlang dalam sejarah kelab kami,” kata kelab itu dalam satu kenyataann­ya.

 ??  ?? AKSI Ronaldo berjaya pikat Juventus.
AKSI Ronaldo berjaya pikat Juventus.
 ??  ?? PEMINAT Juventus memberi sokongan kepada Ronaldo dengan mempamerka­n jersi nombor 7 di Turin, kelmarin.
PEMINAT Juventus memberi sokongan kepada Ronaldo dengan mempamerka­n jersi nombor 7 di Turin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia