Harian Metro

‘LUKA’ BELUM SEMBUH J

- AFP

St Petersburg

urulatih Perancis, Didier Deschamps menggesa pasukannya mengambil peluang membalas dendam di final Piala Dunia selepas mengakui dirinya masih tidak boleh melupakan kekalahan di final Euro 2016.

Tandukan Samuel Umtiti membenarka­n Perancis meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium di separuh akhir, sekali gus menghidang­kan satu lagi kekalahan pahit buat pasukan generasi baru skuad Red Devils.

Barisan pemain muda berbakat Perancis kini berhasrat untuk membalut kekecewaan lama, tewas di tangan Portugal di laman sendiri di final Euro 2016 tetapi di final Piala Dunia, mereka mungkin bertemu sama ada England ataupun Croatia, Ahad ini.

“Kami harus memenangi perlawanan final ini kerana kami masih belum dapat melupakan kekalahan dua tahun lalu,” kata Deschamps.

“Ia sesuatu yang luar biasa. Saya sangat gembira dengan pemain. Mereka masih muda tetapi mempunyai karakter, mentaliti (kemenangan).”

Dalam Piala Dunia yang diisi dengan set-piece, satu sepakan sudut dilihat menjadi peranan apabila Umtiti muncul tepat pada masanya untuk menyempurn­akan hantaran Antoine Griezmann, enam minit selepas memasuki babak kedua.

“Perbezaan yang mengecewak­an ialah corak permainan adalah sangat rapat dan begitu sengit,” kata pengendali Belgium, Roberto Martinez.

Selain muncul selaku pemain terbaik perlawanan,

 Perancis mahu tebus kecewa Euro 2016 dengan julang trofi Piala Dunia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia