Harian Metro

‘Perancis bukan main bola sepak’

- AFP

 Courtois anggap lawan menang dengan cara tak ‘gentleman’

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyifatka­n kekalahan pasukannya di tangan Perancis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia awal pagi semalam sebagai sesuatu yang mengaibkan untuk bola sepak dan pada masa sama, selain mengkritik corak pertahanan yang dipamerkan barisan anak buah Didier Deschamps.

Tandukan bek tengah, Samuel Umtiti pada minit ke-51 yang dijelmakan menerusi sepakan sudut membenarka­n Perancis meraih kemenangan 1-0 sekali gus mara ke final Piala Dunia buat kali ketiga.

“Ia satu perlawanan yang mengecewak­an. Perancis langsung tidak bermain, mereka bertahan dengan 11 pemain dalam jarak 40 meter daripada gol mereka,” kata penjaga gol Chelsea, Courtois.

“Mereka bermain serangan balas dengan (Kylian) Mbappe begitu pantas. Itu hak mereka. Mereka tahu apabila lawan bermain begitu dalam, di situlah kami mempunyai masalah.

“Ada kekecewaan kerana kami tidak tewas kepada pasukan yang lebih baik daripada kami. Kami tewas kepada pasukan yang langsung tidak bermain, hanya bertahan.

“Ketika menentang Uruguay (suku akhir) jaringan mereka adalah menerusi sepakan percuma dan kesilapan penjaga gol. Hari ini, sepakan sudut. Ia satu yang mengaibkan untuk buat bola sepak apabila

Belgium tidak memenangin­ya hari ini.”

Perancis yang juga juara pada

1998 dijadual bertemu sama ada

England ataupun

Croatia pada aksi final di

Stadium

Luzhniki,

Moscow,

Ahad ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia