Harian Metro

Tiga jam tahan enam lelaki

-

Papar: Enam lelaki dipercayai penagih dadah termasuk seorang suspek disyaki terbabit kes curi motosikal ditahan dalam Ops Sarang Cegah Jenayah di sekitar daerah ini, kelmarin.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu turut merampas sebuah motosikal curi dan 5.16 gram dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, enam lelaki ditahan itu berusia 30 hingga 60-an.

“Operasi selama tiga jam itu menahan enam lelaki dewasa di beberapa lokasi termasuk Kampung Kabang, Taman Limauan, Kinarut dan Kampung Suangon.

“Hasil pemeriksaa­n dan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif syabu dan kita turut merampas 5.12 gram dadah berkenaan serta sebuah motosikal disyaki dicuri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ladamah, semua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Katanya, operasi seperti itu akan terus dilaksanak­an bagi mencegah kegiatan jenayah serta kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Ops Sarang ini adalah antara inisiatif dalam pencegahan kegiatan jenayah dadah di Papar,” katanya.

 ??  ?? ANTARA lelaki dipercayai penagih dadah termasuk seorang suspek disyaki terbabit kes curi motosikal ditahan dalam Ops Sarang Cegah Jenayah sekitar Papar.
ANTARA lelaki dipercayai penagih dadah termasuk seorang suspek disyaki terbabit kes curi motosikal ditahan dalam Ops Sarang Cegah Jenayah sekitar Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia