Harian Metro

Strategi pendidikan Bajau Laut Dana kaji wabak rabies

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

Kerajaan perlu merangka strategi untuk memberi didikan kepada kanak-kanak Bajau Laut supaya lebih ‘beretika’ ketika menerima kunjungan pelancong ke Semporna khususnya di kawasan pulau peranginan di daerah berkenaan.

Langkah itu perlu diambil bagi mewujudkan suasana lebih harmoni, seterusnya mengelak timbul pandangan negatif sesetengah pihak terutamany­a pelancong luar negara.

Pengerusi Persatuan Syarikat Pelanconga­n Bumiputera Tempatan Semporna, Kerino Jalani berkata, kehidupan masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas sampan antara tarikan kerap dimasukkan dalam pakej pelanconga­n di Semporna.

Bagaimanap­un, katanya, tindakan mereka terutama kanak-kanak berebut-rebut meminta makanan sehingga ada memanjat bot pasti mengganggu ketenteram­an pelancong.

“Walaupun kanak-kanak itu tidak pernah bersekolah atau mendapat pendidikan, perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana ia akan membawa kesan negatif terhadap sektor pelanconga­n di daerah itu,” katanya.

Kerajaan Persekutua­n di bawah kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) diminta menyediaka­n peruntukan dana bagi membantu menaik taraf kemudahan makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), khusus bagi menjalanka­n program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) menangani jangkitan rabies di negeri ini.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, cadangan itu dilihat lebih praktikal dan berkesan dalam memerangi penularan wabak pembunuh itu kerana ketika ini, sampel anjing dikumpulka­n perlu dihantar ke Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak.

“Ia mengambil lima hari untuk mendapatka­n keputusan, terutama dalam keadaan mendesak atau kes kecemasan. Terdapat sampel yang dihantar dan diuji di makmal UNIMAS, namun tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan dan badan antarabang­sa.

“Justeru, kami mahukan Kerajaan Persekutua­n menaik taraf kemudahan dan sistem di makmal sedia ada di UNIMAS supaya kami dapat menjalanka­n ujian sampel anjing di sini,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Menurut Dr Annuar, 33 daerah di seluruh negeri diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan wabak berkenaan atau lebih dikenali sebagai jangkitan anjing gila dengan kawasan terbesar di Serian dipercayai kerana lokasinya berhampira­n sempadan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Sementara itu, terdapat empat klinik gigitan anjing yang ditubuhkan di hospital dan klinik kesihatan untuk mendiagnos­is, merawat dan memantau kes gigitan anjing.

Wabak rabies mula dikesan di Serian pada Julai tahun lalu dan mengorbank­an 10 nyawa.

 Minta peruntukan bantu naik taraf kemudahan makmal UNIMAS

 ??  ?? DR Annuar (dua dari kanan) pada Persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
DR Annuar (dua dari kanan) pada Persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
 ??  ?? ROSEY (kanan) pada Persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
ROSEY (kanan) pada Persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
 ??  ?? KERINO
KERINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia