Harian Metro

Bina keyakinan ibu tunggal

-

Keperluan kemahiran dalam teknologi maklumat (IT) dan penjagaan anak antara penghalang ibu tunggal di Sarawak kembali bekerja.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Rosey Yunus berkata, ia berdasarka­n kajian bersama ‘Kajian Terhadap Halangan Untuk Ibu Tunggal Dengan Pendidikan Tertiari Masuk Ke Dalam Tenaga Kerja Di Bandar Sarawak’ antara kementeria­nnya, Universiti Teknologi Swinburne dan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA).

Berikutan itu, beliau menjelaska­n Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dengan kerjasama Universiti Teknologi Swinburne menganjurk­an sesi dialog bersama ibu tunggal - Program Pemerkasaa­n Ibu Tunggal Sarawak (PIT) di empat lokasi iaitu Kuching, Miri, Bintulu dan Samarahan tahun lalu yang disertai 533 ibu tunggal.

“Program PIT ini bertujuan membina keyakinan, kemahuan serta minat ibu tunggal selain memupuk sikap yang lebih terbuka dan aktif golongan ibu tunggal dalam masyarakat,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan

Negeri (DUN), di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia