Harian Metro

Suspek bunuh direman 7 hari

-

Suspek kes bunuh rakan sekerja di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad direman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek yang baru tiga bulan bekerja di kolej terbabit direman sehingga

18 Julai depan.

“Ini kes (yang jelas) kerana suspek sendiri menghubung­i polis dan mengaku membunuh mangsa. Kes itu juga seperti kita tahu, provokasi melampau mengakibat­kan suspek bertindak sedemikian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor di antara Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusuf dengan Asisten Komisioner Harjinder Kaur Gurdial Singh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia