Tingkat daya saing industri getah negara
Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor.
Teresa berkata, berdasarkan kajian LGM, sejumlah 4.2 tan getah ‘cuplump’ diperlukan untuk turapan setiap satu kilometer (km) jalan raya, sekali gus dapat meningkatkan permintaan getah asli, membantu menstabilkan harga getah dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta penoreh getah.
“Dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan yang pesat, salah satu cabaran yang dihadapi sektor komoditi kita ialah bagaimana untuk meningkatkan daya saing sektor ini.
“Dalam hal ini, saya ingin menekankan bahawa usaha dan langkah bagi meningkatkan daya saing sektor ini hendaklah dilaksanakan pada keseluruhan rantaian nilai meliputi peringkat aktiviti huluan serta juga hiliran.
“Di peringkat huluan yang perlu diberi perhatian ialah keperluan meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta mengurangkan kos pengeluaran,” katanya.
Menurutnya, peningkatan produktiviti harus dijalankan secara berterusan melalui pengeluaran bahan tanaman berkualiti. Memandangkan keluasan tanah pertanian negara adalah terhad, langkah ini tentu sekali akan dapat menambahkan hasil pengeluaran.
“Satu lagi masalah yang dihadapi industri getah Malaysia ialah kekurangan tenaga kerja terutama dalam kalangan generasi muda. Saya menyeru penggiat industri sektor huluan dan hiliran supaya meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi pengeluaran getah.
“Selain aktiviti nilai tambah dan pembangunan produk baru, kita juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
“Bagi meningkatkan daya saing, produk yang dikeluarkan haruslah inovatif, kompetitif dan berorientasikan pasaran global. Industri getah juga hendaklah dinamik dan progresif,” katanya.
Katanya, ia sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kemampuannya bagi menjamin hasil produk memenuhi cita rasa, keperluan dan permintaan pengguna sama ada di pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Kerajaan beri perhatian tahap produktiviti, kurangkan kos pengeluaran