Harian Metro

Abd Rauf

-

“Proses memasak mengambil masa hingga tiga jam bergantung jumlah wajik yang dikacau di dalam kawah.

“Apabila masak, wajik ini tidak keras dan tidak lembut dan boleh bertahan hingga empat bulan jika disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.

Bagi wajik perisa durian, Abd Rauf berkata, dia perlu menyimpan stok durian termasuk sejuk beku bagi memastikan tidak kehabisan bekalan.

Katanya, dia hanya membeli durian yang berkualiti dari sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.

“Jika kehabisan durian, hanya wajik biasa haja yang dijual kepada pelanggan namun tetap mendapat permintaan.

“Selain dijual terus kepada orang ramai di Pasar Awam dan Pasar Tani Kuala Klawang, wajik turut dijual di beberapa ekspo sekitar negeri ini selain menerusi Facebook dan dalam talian.

“Saya berharap dapat memajukan perniagaan ini ke seluruh negara dan mahu makanan tradisiona­l ini terus mendapat tempat dalam masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia