Harian Metro

SI COMEL BERCAKAP SENDIRI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Baik si ibu mahupun si bapa, kedua-duanya tentu hairan apabila melihat gelagat anak tersayang yang sering bercakap sendiri. Senario itu lebih merunsingk­an kerana sesetengah ibu bapa tidak mempunyai pengalaman sebelumnya terutama apabila ia terjadi pada anak sulung.

Pelbagai persoalan mula berlegar di minda, adakah anak tersayang mempunyai masalah? Adakah aku sebagai ibu atau bapanya tersalah dalam soal mendidik? Apa yang menyebabka­n si anak berkelakua­n sedemikian, selain runsing memikirkan cara mengatasi perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia