Harian Metro

Ramah kerana ada sebab

-

Bersandark­an minat dan rupa kacak, kehadiran artis baru ini semakin mencuri perhatian peminat.

Malah, artis ini juga pandai menyesuaik­an diri dengan rakan seperjuang­an lain yang sama-sama terbabit dalam bidang seni.

Namun kata rakan

SS, artis ini sebenarnya suka bermuka-muka dan berbaik dengan orang demi kepentinga­n dirinya sendiri.

Kata rakan SS, ketika kali pertama dia bertemu dengan artis ini, dia langsung tidak senyum mahupun bertegur sapa dengannya seolah-olah dia artis gred A.

Selepas artis ini mengetahui rakan SS bekerja dengan syarikat pengurusan artis terkenal, sikapnya yang sombong terus bertukar mesra sehingga rakan SS berasa rimas pula.

Bagaimanap­un, kata rakan SS, dia tidak mudah terbuai dengan perubahan sikap artis baru ini dan berusaha mengelak berselisih dengannya dalam acara hiburan.

Semoga artis baru ini segera mengikis sikap buruknya itu. Sebagai artis baru, dia sepatutnya merendah diri dan menjalin hubungan baik dengan semua orang terutama mereka yang bergiat dalam industri hiburan.

SS: Tidak suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia