Harian Metro

Mayat lelaki di tepi pagar elektrik

-

Mayat lelaki ditemui di tepi pagar elektrik di FELDA Raja Alias di sini, pagi semalam.

Sumber berkata, mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui orang ramai dengankesa­n terbakar di badan dan dipercayai sudah tiga hari meninggal dunia.

Katanya, mayat ditemui memakai baju-T merah dan seluar pendek biru oleh penduduk yang melalui kawasan semak jam 10 pagi.

“Penduduk dikatakan terhidu bau busuk dan mencari puncanya sebelum menemui mayat yang sudah membengkak.

“Pada awalnya penduduk menyangka bangkai haiwan tetapi mendapati ia mayat seorang lelaki,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dipercayai tersentuh pagar elektrik yang dipasang di sekitar ladang sawit berdekatan bertujuan menghalang babi hutan.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti identiti mangsa.

 ??  ?? MAYAT ditemui orang ramai berhampira­n kawasan semak.
MAYAT ditemui orang ramai berhampira­n kawasan semak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia