Harian Metro

Berang isteri ‘diusik’ drebar Grab

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

 Pemandu cedera di kepala, tangan diserang suami

berkata, susulan kejadian itu dua laporan diterima masing-masing daripada penumpang berusia 30 tahun dan pemandu Grab terbabit.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita itu menggunaka­n perkhidmat­an Grab dari Terminal Bas Melaka Sentral untuk pulang ke rumahnya di Taman Kesidang.

“Wanita terbabit dipercayai menyedari dia dirogol ketika tersedar daripada tidur dan dikatakan tidak melawan.

“Ketika dalam perjalanan pulang, wanita itu menghantar pesanan ringkas kepada suaminya memberitah­u ‘diusik’ pemandu Grab,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, malam kelmarin.

Afzanizar berkata, ketika menghantar wanita itu pulang, pemandu Grab terbabit diserang suami mangsa menggunaka­n sebatang besi dan berlaku pergelutan.

“Akibatnya, pemandu berkenaan cedera di belakang kepala dan tangan kanan. Suami wanita yang berusia 31 tahun dan pemandu Grab itu kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suami wanita itu positif dadah selain mempunyai tiga rekod jenayah lalu berkaitan dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia