Harian Metro

Boleh lalok cara hutang

-

Rembau: Sindiket pengedaran dadah di negeri ini dikesan menjalanka­n kegiatan menjual dadah secara hutang menyebabka­n penagih mudah mendapatka­n bahan larangan berkenaan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, Nazira Sadiron berkata, disebabkan itu aktiviti penagihan dadah masih berleluasa.

Katanya, risikan mendapati sindiket menjalanka­n modus operandi itu sejak dua bulan lalu dengan menawarkan penagih muda membeli dadah secara hutang.

“Angkara tawaran ini, ramai anak muda terjebak. Modus operandi bertujuan memastikan aktiviti penjualan (dadah) tidak terputus,” katanya pada Program Perhimpuna­n Orang Kena Pengawasan (OKP) dan Rumah Terbuka Aidilfitri AADK Rembau di Dewan Seri Rembau di sini, semalam.

Program dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani serta 250 klien dan keluarga.

Menurut Nazira, penjualan dadah secara hutang dikenal pasti bermula di daerah itu dan menular di seluruh negeri.

“Semua maklumat diperoleh hasil temu bual bersama OKP yang berkongsi pengalaman mereka.

“AADK bimbang penagih akan melakukan jenayah lain seperti rompakan dan samun semata-mata mahu membayar hutang dadah,” katanya.

Katanya, modus operandi beli dadah secara murah itu menawarkan beberapa skim bagi memastikan penagih dapat melepaskan gian.

“Antara dilakukan sindiket adalah mengenakan bayaran serendah RM5 kepada penagih bagi mendapatka­n syabu. Lama-kelamaan anak muda mula ketagih dan akhirnya berhutang untuk membeli dadah,” katanya.

Miri: Dua beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass berhampira­n kawasan persimpang­an Jalan Bahagia di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, Elfhy Leonald Panai Thomas, 8, maut di lokasi kejadian akibat cedera di kepala manakala bapanya, Thomas Balang Apoi, 45, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexon Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta Proton Persona dipandu mangsa dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux.

Katanya, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 25 tahun itu dari Permyjaya menuju Pujut manakala mangsa dari arah bertentang­an.

“Mangsa membelok ke kanan menuju ke simpang berkenaan menyebabka­n keretanya dirempuh dari sisi kiri Toyota Hilux itu.

“Kejadian itu mengakibat­kan kedua-dua kenderaan terseret beberapa meter hingga ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Alexon berkata, kemalangan menyebabka­n kanak-kanak terbabit maut di lokasi kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Pemandu Toyota Hilux berkenaan hanya cedera ringan.

“Mayat kedua-dua beranak itu dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka,” katanya yang turut menjelaska­n kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? NAZIRA berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AADK Rembau di Dewan Seri Rembau.
NAZIRA berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AADK Rembau di Dewan Seri Rembau.
 ??  ?? PROTON Persona yang remuk teruk dalam kemalangan maut di simpang Jalan Bahagia, Jalan Kuala Baram Bypass, Miri.
PROTON Persona yang remuk teruk dalam kemalangan maut di simpang Jalan Bahagia, Jalan Kuala Baram Bypass, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia