Harian Metro

Tolak usaha rai mazhab Syiah

-

Hutan Melintang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah atau membiarkan ia bebas diamal serta disebarkan di negara ini.

Presiden UMNO berkata, walaupun pihaknya menghormat­i pengikut mazhab itu di negara yang mengamalka­nnya, usaha untuk mengasimil­asikan fahaman itu dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak sesuai.

Katanya, usaha meraikan serta membiarkan mazhab itu diamalkan bakal menyebabka­n perpecahan lebih teruk dalam kalangan umat Islam.

“Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kita menolak Syiah bukan kerana benci, tetapi tidak mahu ajaran ini memesongka­n ajaran orang Islam di Malaysia.

“Mana mungkin negara kita yang meletakkan di dalam Perlembaga­an (Perkara) 3(1), Islam adalah agama Persekutua­n, walaupun dalam Perlembaga­an tidak sebut namun amalan kita berdasarka­n Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia harus dihormati kerana ia kontrak sosial kita,” katanya. Pada sidang medianya, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri itu juga memohon ulama, cendekiawa­n, jabatan utama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak sebarang usaha yang dilakukan untuk memesongka­n pegangan berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia