Harian Metro

Satu

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincang­an dengan PAS bagi memilih hanya seorang calon pembangkan­g yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor, 4 Ogos ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehka­n hanya calon yang berpotensi untuk menang mewakili pembangkan­g pada PRK itu.

“Hanya seorang calon saja yang akan bertanding di PRK Sungai Kandis dan kita akan ambil kira kebolehmen­angan kepada parti dan kebolehsok­ongan kepada calon yang boleh memenangi kerusi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia