Harian Metro

Harga gula termurah di dunia

-

MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), pengeluar gula tempatan menegaskan tiada monopoli gula di Malaysia, sebaliknya harga gula dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan antara paling murah di dunia.

MSM dalam kenyataan berkata, kapasiti pengeluara­n gula terkini berjumlah dua juta tan setahun dan merangkumi empat kilang penapisan.

“Permintaan gula tempatan dianggarka­n 1.5 juta tan setahun dan secara tidak langsung menawarkan lebihan kapasiti 500,000 tan setahun.

“Selepas kilang penapisan gula di Johor beroperasi sepenuhnya, jumlah kapasiti akan meningkat kepada tiga juta tan gula setiap tahun,” katanya.

MSM berkata, pengusaha industri seperti pengeluar produk minuman dan makanan turut mendapatka­n gula melalui platform perdaganga­n komoditi global bagi gula mentah manakala pengeluar gula tempatan akan membuat pembelian bagi syarikat berkenaan, seterusnya mengimport gula yang diperoleh dan menapisnya dengan kadar bayaran tertentu.

Justeru, menurut MSM, menjadi tanggungja­wab pengeluar tempatan untuk memastikan bekalan gula mencukupi di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia