Harian Metro

Suspek rogol disambung reman

-

Bomoh yang didakwa merogol suri rumah bulan lalu di sambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek berusia 52 tahun disambung reman selama tujuh hari bermula kelmarin hingga 17 Julai ini.

“Perintah reman terhadapny­a disambung lagi bagi melengkapk­an siasatan berhubung kes berkenaan.

“Sebelum ini, suspek ditahan dan direman sejak 5 hingga 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Kubang Kerian di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia