Harian Metro

Kawad sambil tampar

 Polis siasat pelajar kena lempang senior ketika latihan

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

Polis sedang menyiasat kes seorang pelajar ditampar ketika berlatih kawad di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang di mana ia tular di laman sosial Facebook (FB) sejak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan sudah diterima dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

“Ia berkisar daripada latihan kawad yang berlebihan, kerana hendak kawad yang mantap tetapi tidak diikuti peraturan atau arahan itu.

“Mungkin dia (pelajar senior) bertindak di luar batasan dan polis akan siasat mengikut laporan yang diterima. Apabila selesai siasatan serta bukti mencukupi, pelakunya akan didakwa di mahkamah,” katanya semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 12 saat itu, seorang pelajar ditampar seorang pelajar lain ketika mereka mengadakan latihan kawad.

Rakaman video yang tular itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ia berkisar daripada latihan kawad yang berlebihan” Mazlan Mansor

 ??  ?? SEDUTAN video kawad yang tular.
SEDUTAN video kawad yang tular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia