Harian Metro

Pengasuh Adam Rayqal didakwa

-

Pengasuh bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi yang ditemui mati di dalam peti sejuk rumah wanita terbabit di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini, 3 Julai lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.

Bagaimanap­un, belum dapat dipastikan sama ada wanita berusia 33 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau sebaliknya.

Sebelum ini, pengasuh terbabit ditahan bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun di rumah sewa mereka selepas polis melakukan pemeriksaa­n di kediaman itu kerana meragui keterangan diberikan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia