Harian Metro

Pelakon Gerak Khas meriahkan rumah terbuka IPD Shah Alam

-

Shah Alam: Kehadiran Asisten Komisioner 1 (SAC1) Datuk Helmi dan Sarjan Misai mencuri tumpuan tetamu yang sedang menjamu selera di Majlis Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, tengah hari semalam.

Kehadiran kedua-dua watak dalam telemovie Gerak Khas itu disambut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan isteri, Hasina Mohd Rafik serta pegawai kanan dan anggota IPD Shah Alam.

Selain Datuk Yusof Haslam yang memegang watak Datuk Helmi dan A Galak, majlis berkenaan turut dimeriahka­n persembaha­n nyanyian oleh penyanyi Jamal Abdillah.

Sebanyak 14 gerai juadah mewakili jabatan dan balai polis di IPD Shah Alam, antaranya rendang, lemang, sate, nasi impit, ayam bakar, disediakan bagi menjamu bukan saja anggota malah masyarakat setempat.

Majlis yang diadakan di Space U8 Bukit Jelutong itu dihadiri lebih 500 jemputan serta orang awam yang berkunjung ke pusat beli belah berkenaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri bagi IPD Shah Alam di Space U8.
SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri bagi IPD Shah Alam di Space U8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia