Harian Metro

Sasar RM100j langgan dana syariah

-

BIMB Investment Management Bhd menyasarka­n RM100 juta langganan dana ekuiti syariah pertamanya yang dikenali sebagai BIMB-Arabesque ValueCAP Malaysia Shariah-ESG Equity Fund dalam tempoh setahun selepas ia dilancarka­n.

Dana dengan kerjasama rakan strategik, Arabesque Asset Management Holding Ltd (Arabesque) dan ValueCAP Sdn Bhd (ValueCAP) itu akan melabur dalam 100 syarikat patuh syariah di negara ini yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ketua Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, pelaburan yang akan dibuat itu berasaskan prestasi kewangan dan kemapanan syarikat yang terbabit.

“Setakat ini, ValueCAP sudah melabur RM50 juta. Kami berharap lebih banyak pelabur akan menjadi sebahagian daripada dana ini kerana ia sesuai untuk pelabur korporat seperti syarikat berkaitan kerajaan, universiti dan syarikat takaful yang hanya boleh membuat pelaburan di negara ini.

“Dana berkenaan juga menawarkan keselesaan kepada pelabur institusi dan korporat di samping cara yang berkesan untuk melabur dalam syarikat di negara ini yang mempunyai status kewangan yang baik serta mengamalka­n standard tadbir urus dan ketelusan di peringkat tertinggi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dana berkenaan di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia