Harian Metro

Malaysia Airlines bawa 15,000 jemaah

-

Malaysia Airlines dijadualka­n membawa lebih 15,000 jemaah Malaysia pada musim haji tahun ini dengan penerbanga­n pertama bakal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dan Madinah 14 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Izham Ismail berkata, sebagai persediaan pihaknya bersama Tabung Haji melatih lebih 400 kakitangan termasuk kru kabin dan teknikal, pengendali lapangan serta pekerja operasi.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan syarikat penerbanga­n itu dapat menyediaka­n perkhidmat­an yang lebih baik kepada jemaah sepanjang perjalanan ke Kota Suci itu.

Pada musim haji kali ini, Malaysia Airlines akan mengendali­kan 80 penerbanga­n antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta Madinah dengan A380-800.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia