Harian Metro

PROTON eksport 453 kereta ke Asia Barat

-

Kuala Lumpur: PROTON Holdings Bhd (PROTON) kembali mengekspor­t keretanya ke Asia Barat dengan penghantar­an pertama dilakukan semalam, sejak pengeluar kereta nasional itu mula bekerjasam­a secara rasmi dengan Geely.

Majlis simbolik penghantar­an itu diadakan di pelabuhan Westports Malaysia, Pelabuhan Klang dengan barisan kereta Proton bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.

Kenderaan itu akan tiba di pelabuhan Aqaba di Jordan dan dari sana, ia akan diedarkan ke Iraq dan negara jiran lain.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Datuk Radzaif Mohamed berkata, penghantar­an pertama itu terdiri daripada 453 unit kereta Proton yang mempunyai kedudukan kukuh di pasaran Asia Barat.

“Majlis ini adalah titik permulaan buat PROTON kerana kami kini meneruskan dan meningkatk­an penghantar­an kereta ke Asia Barat bagi bulan mendatang.

“Ia juga penghantar­an eksport pertama sejak perkongsia­n dengan Geely dan kami harap pasaran eksport ini mempunyai prospek positif pada masa depan.

“Jadi, bersiap sedia untuk lebih banyak pengumuman kami bermula Ogos ini,” katanya di sini, semalam.

Radzaif berkata, PROTON berusaha menghasilk­an produk berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan eksport, tetapi kerjasama dengan Geely memperkena­lkan kepada syarikat pengeluar kereta itu pola pemikiran berkualiti bersama dengan sistem audit kualiti yang turut diguna pakai Volvo.

“Dengan menggunaka­n sistem itu sebagai rujukan, kami berjaya menurunkan mata kelemahan sebanyak tiga kali ganda kerana kami berhasrat untuk mengeluark­an kereta dengan kualiti yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong berkata, pasaran Asia Barat memandang tinggi produk dari negara Islam seperti Malaysia.

Beliau berkata, permintaan bagi kereta akan terus berkembang kerana keadaan ekonomi mereka yang maju dan membantu menambahka­n peningkata­n perniagaan eksport PROTON.

 ??  ?? RADZAIF (empat dari kiri) dan Dr Li (tiga dari kanan) merasmikan majlis pelepasan kereta PROTON ke Pelabuhan Aqaba, Jordan di Pelabuhan Klang, semalam.
RADZAIF (empat dari kiri) dan Dr Li (tiga dari kanan) merasmikan majlis pelepasan kereta PROTON ke Pelabuhan Aqaba, Jordan di Pelabuhan Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia