Harian Metro

AirAsia mula terbang ke Ipoh tak lama lagi

-

AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi menjadikan ia laluan domestik ke-16.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya teruja memperkena­lkan laluan Ipoh dengan tambang rendah dan sambungan yang luas.

“Buat permulaan, syarikat penerbanga­n itu akan menghubung­kan Ipoh ke Johor Bahru dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhka­n sektor pelanconga­n Perak.

“Kami tidak sabar menyambut penerbanga­n pertama dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

“Kami ada banyak lagi rancangan untuk laluan ini dan akan berkongsi maklumat mengenainy­a tidak lama lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia