Harian Metro

Southgate puas hati komitmen pasukan

-

Moscow: Pengurus, Gareth Southgate menganggap England “sudah memberikan segala-galanya” selepas kalah aksi masa tambahan kepada Croatia di separuh akhir Piala Dunia, awal pagi semalam.

England berharap layak ke final Piala Dunia pertama sejak 1966, namun mensia-siakan gol pendahulua­n sebelum tewas 1-2. “Saya fikir pada babak pertama kami terlalu bagus dan

mungkin kami patut dapat satu gol lagi,” kata Southgate.

“Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain. Saya fikir bola sepak kalah mati adalah mengenai jurang yang selesa dan apabila anda berdepan pasukan yang bagus, anda perlu mengambil peluang anda.

“Malam ini kami tidak begitu, tapi kami akan belajar daripadany­a. Kami sudah bermain habis-habisan di luar sana.”

Croatia muncul negara terkecil beraksi final Piala Dunia sejak Uruguay memenangi kejohanan itu pada 1950 apabila mereka berdepan Perancis, Ahad ini, selepas bangkit menerusi gol voli babak kedua Ivan Perisic dan gol kemenangan Mario Mandzukic pada masa tambahan.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia