Harian Metro

Pantang mengalah

- AFP

Pengendali Zlatko Dalic memuji perwatakan ditunjukka­n anak buahnya ketika bangkit daripada ketinggala­n satu gol buat kali ketiga berturut-turut untuk menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia.

Kieran Trippier meletakkan England di depan pada minit kelima di Moscow, tetapi Ivan Perisic menyamakan kedudukan di babak kedua sebelum Mario Mandzukic mengesahka­n kemenangan dalam masa tambahan.

“Kami ketinggala­n 0-1 dalam tiga perlawanan berturut-turut, kami menunjukka­n karakter dan kami mengulangi­nya hari ini dalam masa tambahan,” kata Dalic yang skuad kendaliann­ya menyingkir­kan Denmark dan Russia menerusi penentuan penalti untuk mara ke kelompok empat terakhir.

“Kami adalah negara yang rakyatnya tidak pernah berputus asa, yang berpegang pada maruah dan mempunyai karakter. Apa yang dilakukan pemain-pemain hari ini, kekuatan dan stamina yang ditunjukka­n,

Croatia,

(gambar)

tahap kecergasan mereka, saya mahu membuat pertukaran tetapi tidak ada sesiapa mahu keluar.”

Perancis menanti Croatia di final Ahad ini, dengan skuad kendalian Didier Deschamps mempunyai kelebihan rehat lebih sehari serta mengharung­i tempoh permainan kurang satu perlawanan.

Croatia pasukan kedua dalam sejarah Piala Dunia terpaksa mengharung­i aksi tambahan masa untuk tiga perlawanan berturut-turut, tetapi Dalic menegaskan mereka tidak akan menjadikan­nya sebagai alasan.

“Kami akan meraikan dan berehat dan kemudian bersiap untuk Perancis. Kami berdepan satu lagi tugasan sukar, tapi kami sudah bersedia.

“Kami mengharung­i tambahan masa sebanyak tiga kali, tapi itu salah kami. Kami tidak menjaringk­an gol lebih awal, kami perlu tanya mengapa kami tidak melunaskan tugas dalam tempoh 90 minit.

“Tidak akan ada alasan, kami tidak perlu mengharung­i jalan itu. Kami akan bermain seperti ini adalah perlawanan pertama di kejohanan ini. Kami tidak akan mencari alasan,” katanya.

 Dalic puji semangat juang pemain bangkit benam England

 ??  ?? MANDZUKIC meraikan jaringan kemenangan ke atas England.
MANDZUKIC meraikan jaringan kemenangan ke atas England.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia