Harian Metro

Berjalan redah laluan runtuh

-

 Penduduk Lusong Laku terputus hubungan dengan dunia luar sejak dua minggu lalu

Belaga serta kawasan berhampira­n,” katanya, semalam.

Difahamkan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika lawatan kerjanya ke Sungai Asap meluluskan peruntukan RM2 juta bagi memperbaik­i Jalan Lusong Laku yang mengalami kerosakan teruk itu.

Justeru, Robert berharap laluan itu diperbaiki segera kerana peruntukan diluluskan kerajaan negeri, selain kepentinga­nnya dalam memudahkan kehidupan penduduk setempat.

Pada masa yang sama, dia kesal kerana isu laluan berkenaan seolah-olah tidak diendahkan pihak berkaitan walaupun aduan rasmi dibuat penduduk setempat.

“Kebanyakan penduduk meletak kenderaan di seberang jalan dan berjalan meredah laluan yang runtuh itu untuk berulang-alik ke rumah, malah laluan itu juga agak tinggi dan merbahaya, termasuk risiko terjatuh ke sungai jika tersilap langkah.

“Justeru, saya mewakili penduduk di kawasan Lusong Laku berharap jalan ini diperbaiki segera kerana ia menjadi keperluan mendesak penduduk pada masa sekarang,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK meredah laluan yang runtuh untuk ke kawasan seberang di kawasan Lusong Laku Belaga.
PENDUDUK meredah laluan yang runtuh untuk ke kawasan seberang di kawasan Lusong Laku Belaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia