Harian Metro

Tak galak pelancong beri barang

- Cnews@nstp.com.my

Pelancong dan operator pelanconga­n di Semporna tidak digalakkan memberi apa-apa barangan kepada kanak-kanak Bajau Laut ketika berada di perairan berhampira­n pulau peranginan.

Merujuk video memaparkan sebuah bot pelancong dikerumuni sekumpulan kanak-kanak dan wanita Bajau Laut yang viral di media sosial hingga menimbulka­n pelbagai reaksi, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Assafal Alian berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Sama ada berlaku di dalam atau di luar perairan Sabah, kami tidak mempunyai bukti lagi. Ia masih awal untuk membuat kesimpulan dan kes itu masih disiasat,” katanya selepas menyempurn­akan majlis penutup

Pameran Retrospekt­if Francis Cheong di Galeri Seni Sabah di sini, semalam.

Penduduk Lusong Laku, Belaga di sini, terputus hubungan dengan dunia luar sejak dua minggu lalu selepas laluan penghubung ke kawasan pedalaman itu runtuh dan belum dibaik pulih hingga kini.

Penduduk, Robert Abit, 43, berkata, keadaan itu menyukarka­n penduduk khususnya komuniti Penan untuk meneruskan rutin kehidupan mereka termasuk bagi mendapatka­n keperluan harian di Bintulu.

“Keadaan bertambah sukar ketika waktu kecemasan, terutama untuk menghantar anggota keluarga yang sakit ke hospital. Ini disebabkan laluan itu satu-satunya penghubung Lusong Laku dengan Bintulu,

 ??  ?? ASSAFAL (kanan) ketika meninjau hasil karya Francis.
ASSAFAL (kanan) ketika meninjau hasil karya Francis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia