Harian Metro

Henti sebar gambar anak

-

Keluarga kanak-kanak Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli yang putus tangan selepas baju dipakai terbelit pada rim motosikal di Kampung Binjai Bongkok, Marang meminta orang ramai supaya berhenti menyebarka­n gambar kanak-kanak itu.

Ibunya, Rohidayu Siup@Yusof, 29, berkata, mereka sekeluarga amat terkilan apabila mendapat tahu gambar anak sulungnya tular di media sosial terutama Facebook.

Menurutnya, mereka sekeluarga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyebarka­n gambar berkenaan kerana ia mengganggu emosi keluargany­a.

“Saya hanya mengetahui gambar tular di media sosial daripada adik dan ia amat mengganggu emosi kami sekeluarga kerana masih terkejut dengan kejadian ini.

“Saya minta supaya gambar itu dipadamkan di media sosial dan janganlah menyebarka­nnya lagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, Nur Zulaikha Khumaira, 7, bersama adik bongsunya, Aqil Zafran, 2, membonceng motosikal Honda Wave ditunggang kakak saudara, Noor Aina Hananie Rozali, 18, untuk ke rumah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) bagi mendapatka­n cop pengesahan permohonan borang biasiswa.

Bagaimanap­un, ketika dalam perjalanan, baju sejuk dipakai kanak-kanak itu tersangkut pada rim motosikal berkenaan menyebabka­n tangannya putus di lokasi kejadian.

Pembedahan untuk menyambung­kan tangannya di HSNZ tidak berjaya berikutan keadaannya yang hancur teruk.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Zulaika Khumaira ditemani Rohidayu (kanan) di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah.
NUR Zulaika Khumaira ditemani Rohidayu (kanan) di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia