Harian Metro

Wanita maut dilanggar lori

-

Seorang wanita warga Indonesia maut selepas motosikal diboncengn­ya bersama suami dilanggar lori di Kilometer 28.5 Jalan Kuantan-Maran dekat Gambang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Sutiah, 42, itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Ahmad Sahromi, 40, parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Noor Yusoff Ali berkata, kedua-dua mangsa yang beralamat di rumah kongsi Kampung Melayu Gambang di sini, dalam perjalanan menghala ke Maran.

Menurutnya, lori tanpa muatan dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun juga dari arah sama dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Ketika tiba di lokasi, lori itu dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal dan memasuki semula laluannya,” katanya. Seorang pelajar Kolej Vokasional Sugai

Abong, Muar maut selepas parah di badan apabila motosikal yang ditunggang­nya terbabas dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Onn Jaafar, Simpang Renggam jam 12.05 tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang Asistan Komisoner Muhamad Laham berkata, Muhammad Nur Izlanuddin Mohd Puasa, 16, yang tinggal di Taman Renggam Jaya menunggang secara bersendiri­an arah Johor Bharu ke Ayer Hitam ketika kejadian.

Menurutnya, mangsa cedera parah sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi semalam. Port Dickson: Pejabat pentadbira­n pengajian am di tingkat empat Bangunan Akademik Politeknik Port Dickson (PPD), musnah 60 peratus dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia