Harian Metro

Demi masa depan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Tash nekad ceburi bidang

perniagaan

Walaupun tawaran berlakon tidak pernah putus, pelakon Tash Yong, 28, nekad menceburi bidang perniagaan demi masa depan yang lebih cerah.

Dia tidak gentar mencuba malah nekad mahu menggali ilmu niaga serta mengumpul pengalaman sebanyak mungkin. Tidak gentar mencuba dan tekad mengumpul pengalaman dalam perniagaan, pelakon Tash Yong kini sedia melangkah ke fasa baru.

“Saya bercadang buka perniagaan busana wanita dan aksesori. Sebagai wanita yang gemarkan fesyen, saya fikir perniagaan membabitka­n pakaian dan aksesori paling sesuai untuk diusahakan. Apatah lagi, dengan menawarkan produk yang berpatutan harganya,” katanya.

Ditanya adakah kerana kecewa dengan dunia seni dia terfikir untuk menceburi bidang baru, Tash berkata, sudah sampai masanya dia memberanik­an diri mencuba sesuatu yang lebih menjamin masa depan.

“Tiada istilah kecewa kerana kerjaya seni lancar dan masih ada tawaran berlakon. Selagi ada tawaran, saya akan terus berlakon.

“Cuma, dalam keadaan ekonomi sekarang saya perlu cuba peluang baru dengan menceburi bidang perniagaan.

“Bahkan, selepas berbincang dengan rakan kongsi, kami sepakat buka bisnes untuk mendapatka­n sumber pendapatan sampingan.

“Lagi pun, peluang sudah ada depan mata. Sayang kalau dilepaskan begitu saja. Apa pun, biar saya cuba dahulu,” katanya.

Tash atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazlia Rosli berkata, dia gembira dan berpuas hati kerana dapat mengetenga­hkan bakat sebagai pelakon, penari dan penyanyi.

“Saya sudah dapat lagu untuk dijadikan single. Ia ciptaan komposer Amy Nawari. Pun begitu, hasrat untuk rakam lagu ini terpaksa ditangguhk­an kerana saya perlu fokus perancanga­n membuka perniagaan,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai bidang lakonan, Tash berkata, dia akan menjalani penggambar­an drama 20 episod, Elegi Hati Keisha untuk RTM pada September nanti.

“Sebelum itu, saya akan menjayakan penggambar­an filem seram, Jodoh Syaitan arahan Ismail Bob Hashim, hujung bulan ini.

“Dalam filem ini, saya dijangka berganding­an dengan Fauziah Nawi, Kamarol Yusof, Abam Bocey dan Aprena Manrose,” katanya.

Meskipun persaingan semakin sengit dengan kemunculan ramai pelakon baru, Tash yakin dengan rezekinya dan berusaha memberikan yang terbaik.

Katanya lagi, dia juga selesa bersikap terbuka dan sabar menunggu peluang menjayakan drama yang mengisi slot utama di stesen TV swasta.

Baru lima tahun aktif berlakon, Tash pernah terbabit drama Kerana Anggun, Shhh...I Love

You, Menantu Tintong, Marhaban Ko Me Oi, Masam Manis, Hantu Punya Bos, Raisha, Geng Tadarus dan Ustazah Pencen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia