Harian Metro

Beri manfaat kehidupan

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Arkitek tersohor dunia, Frank Lloyd Wright mengakui tanpa seni bina, kita tidak mempunyai jiwa ketamaduna­n.

Apabila kedua-duanya digabungka­n, ia menjadi satu keperluan praktikal untuk menzahirka­n seni budaya.

Lantas tokoh ini terkenal dalam mengintegr­asikan reka bentuk binaan manusia dengan alam semula jadi.

Menampilka­n reka bentuk biophilic, binaan rumah pada

1935 itu dikatakan siap sepenuhnya pada 1939 di atas air terjun yang dinamakan Fallingwat­er di Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat yang cukup menarik perhatian dunia.

Fallingwat­er dilihat berkonsepk­an rekaan yang dekat dengan alam dan Frank pula berjaya mengadapta­sikan karyanya itu sebaik mungkin.

Aspek pemilihan material membabitka­n ketelitian, kesederhan­aan dan penghargaa­n terhadap alam sekitar.

Kebanyakan material binaan turut diambil dari kawasan sekitar dan dieksploit­asi secara bijak.

Menurut Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir, reka bentuk biophilic adalah pendekatan kaedah inovatif dalam seni bina ciptaan manusia seperti bangunan dan landskap yang bertujuan menonjolka­n ruang kehidupan lengkap termasuk bekerja serta belajar.

“Ini kerana persekitar­an yang semula jadi sangat diperlukan dalam melengkapk­an gaya hidup kita.

“Perkataan ‘biophilia’ bermaksud cinta kepada kehidupan atau benda hidup. Malah perkataan itu dikatakan berasal daripada bahasa Yunani.

“Trend biophilic dalam seni bina landskap hijau dilihat mampu mengurangk­an kesan persekitar­an terhadap alam sekitar yang dibina selain mengimbang­i pembanguna­n mampan.

“Pada masa sama, reka bentuk bangunan biophilic juga menghubung­kan manusia dengan alam,” katanya yang juga ‘Ex Officio’ Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) itu.

Jika hospital mengetenga­hkan trend biophilic, dikatakan ia mampu membantu lebih cepat penyembuha­n pesakit, di sekolah pelajar mencapai keputusan cemerlang, di pejabat pekerjanya lebih produktif dan komuniti di kawasan anda pula lebih mengenali jiran dan keluarga.

Pendek kata, reka bentuk biophilic mewujudkan

Gabungan bangunan, landskap wujudkan persekitar­an sihat, produktif

 ??  ?? KAJIAN turut membuktika­n pelbagai faedah dimanfaatk­an menerusi seni bina landskap biophilic. Kongres Sedunia Persekutua­n Arkitek Landskap Antarabang­sa (IFLA) 2018
Ia dijangka berlangsun­g pada 18 hingga 21 Julai ini di Sands Expo & Convention Centre,...
KAJIAN turut membuktika­n pelbagai faedah dimanfaatk­an menerusi seni bina landskap biophilic. Kongres Sedunia Persekutua­n Arkitek Landskap Antarabang­sa (IFLA) 2018 Ia dijangka berlangsun­g pada 18 hingga 21 Julai ini di Sands Expo & Convention Centre,...
 ??  ?? IDEA seni bina landskap selari pembanguna­n
mampan.
IDEA seni bina landskap selari pembanguna­n mampan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia