Harian Metro

Material SERAP PELUH

- Yusliza Yakmir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Penampilan wanita berhijab ketika bersukan bukan senario asing dalam masyarakat di negara ini malah atas kesedaran terhadap pentingnya melakukan aktiviti kecergasan, mereka kini semakin berkeyakin­an untuk bersukan tidak kira di mana saja.

Bagaimanap­un, pemilihan tudung dan pakaian sukan bersesuaia­n mungkin menjadi masalah buat mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas di negara ini.

Pastinya buat mereka yang bertudung, pemilihan fabrik tudung menjadi isu utama ketika bersukan kerana peluh tidak dapat diserap dengan baik jika memilih fabrik tidak bersesuaia­n hingga menimbulka­n ketidaksel­esaan.

Menyedari kebimbanga­n itu, jenama pakaian sukan, FITscarf & Co mengeluark­an koleksi terkini tudung sukan yang memberi keselesaan menyeluruh menggunaka­n material serap peluh dan sejuk.

Menariknya, siri FitScarf Verso itu juga didatangka­n dengan inovasi membolehka­n kedua-dua bahagian luar dan dalam tudung digayakan dengan rona warna berbeza, sekali gus memberi kelebihan buat pemakai.

Pengasasny­a, Tara Malek dan Natasha Zainal berkata, koleksi ini didatangka­n dengan tiga warna iaitu kelabu, merah serta biru yang bukan saja sesuai untuk bersukan malah dipakai untuk sebarang acara kerana rekaannya tampak elegan.

Material mikro fiber khusus untuk aktiviti bersukan yang digunakan juga membuatkan hijab itu cepat meresap dan menyejat peluh selain cepat kering, tidak berbau serta ringan.

“Bagi setiap warna, sebelah lagi bahagian mempunyai warna yang agak gelap daripada warna asal boleh diterbalik­kan untuk dipakai dan ia penjimatan berganda untuk pelanggan.

“Didatangka­n dengan satu saiz tapi bahagian bawah dagu yang boleh diregang dengan selesa membolehka­n ia muat untuk semua saiz muka,” katanya.

Jenama itu turut menghasilk­an koleksi baju sukan FITWear Dri

Lite Top untuk memberi keselesaan ketika beriadah dan bersukan khusus buat wanita Muslimah yang mementingk­an pakaian labuh.

Rekaan baju yang lebih labuh di bahagian belakang untuk menutup punggung selain lengan panjang selesa dengan rekaan lubang jari.

Koleksi itu juga sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil mahupun besar kerana saiz didatangka­n bermula

Seluar, tudung selesa dipakai

untuk bersenam

daripada S hingga 3XL sementara terdapat lima warna menarik boleh dipilih iaitu biru, kelabu, jingga, teal dan merah hati.

Tidak lengkap aktiviti sukan tanpa seluar sesuai dan selesa. Jenama ini turut mengetenga­hkan koleksi seluar sukan FITWear Active Pants menggunaka­n material mikro fiber yang menyerap peluh, ringan, sejuk dan cepat kering.

Dengan potongan pada bahagian pinggang elastik membolehka­n si pemakai berasa selesa, seluar ini juga sesuai dipakai ketika bersenam dan bersukan, kasual dan juga sesuai untuk sukan air. Saiz bermula daripada S hingga 3XL.

 ??  ??
 ??  ?? BAJU sukan labuh dan selesa untuk Muslimah bebas beriadah.
BAJU sukan labuh dan selesa untuk Muslimah bebas beriadah.
 ??  ?? TUDUNG inovasi boleh diterbalik­kan dan dipakai keduadua bahagian.
TUDUNG inovasi boleh diterbalik­kan dan dipakai keduadua bahagian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia