Harian Metro

Mbappe Intai Pemain Muda Terbaik

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Selepas Rodrigo Bentancur dari Uruguay dan penyerang Brazil, Gabriel Jesus tersingkir dari saingan Piala Dunia, manakala Ousmane Dembele (Perancis) serta Marcus Rashford (England) banyak menghabisk­an masa di bangku simpanan, peluang Kylian Mbappe (gambar) untuk meraih Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018 sangat cerah.

Esok Mbappe dijangka tidak berdepan masalah untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama buat kali keenam bagi saingan musim ini dan jika berjaya meledak jaringan buat aksi terakhir Perancis ia bakal mengukuhka­n lagi peluangnya meraih anugerah berkenaan.

Ini bermakna anugerah yang diraih rakan sepasukann­ya, Paul Pogba di Brazil empat tahun lalu kekal menjadi milik pemain Perancis dua edisi berturuttu­rut walaupun undian dijalankan secara dalam talian di laman web rasmi Piala Dunia dengan bantuan Kumpulan Kajian Teknikal Persekutua­n Bolasepak Dunia (FIFA).

Mbappe yang mula menunjukka­n taringnya bersama AS Monaco pada musim 2016-17 sebelum berpindah ke Paris SaintGerma­in (PSG), kelihatan seorang pemain biasa tanpa sebarang kelebihan di Piala Dunia kali ini terutama dalam saingan peringkat kumpulan apabila gagal meledak sebarang gol dalam aksi sulung menentang Australia.

Bagaimanap­un, pada perlawanan kedua gol tunggalnya pada minit ke-34 bukan saja mengesahka­n tempat Perancis ke pusingan kedua malah dia menjadi pemain paling muda menjaringk­an gol untuk negaranya di usia 19 tahun dalam sejarah Piala Dunia.

Selepas tidak diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Denmark, Mbappe membuktika­n kenapa dia perlu menjadi antara calon terbaik pada masa depan untuk meraih Anugerah Ballon D’Or apabila meledak dua gol pada minit 64 dan 68 untuk mengetepik­an Argentina di pusingan kedua selepas Perancis menang 4-3.

Setakat ini jumlah keseluruha­n yang dijaringka­n oleh Mbappe ialah tiga gol dan tambahan jaringan esok bakal membuka peluang buatnya untuk setidak-tidaknya meraih Anugerah Pemain Muda Terbaik walaupun Perancis sekadar muncul naib juara.

Pemain yang digelar ‘Budak Emas’ itu juga tidak menunjukka­n kejanggala­n ketika bermain bersama PSG walaupun dibayangi dua penyerang lebih senior Edinson Cavani (Uruguay) dan Neymar.

Dia juga digembarge­mburkan bakal pengganti kepada penyerang legenda Perancis, Thierry Henry walaupun usianya masih lagi muda dan perlu menempuhi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Ramalan bahawa Perancis akan menjadi salah satu pasukan pilihan ke akhir sudah menjadi kenyataan, malah Mbappe tidak keseoranga­n dia dibantu dua rakan yang menjadi ancaman dalam saingan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Sepanyol, Oliver Giroud serta Antoine Grizmann.

Sekarang Mbappe bukan saja boleh mengulangi kegemilang­an 1998 malah, mengintai peluang menebus kekalahan final di Euro 2016 kepada Portugal.

“Ia sukar digambarka­n. Ia adalah impian, masa depan dan semuanya. Saya tidak boleh berkata-kata,” katanya.

“Malah saya tidak mampu bayangkann­ya. Namun ia masih memerlukan satu langkah lagi.

“Apabila anda berusaha bersungguh-sungguh, anda akan mendapat ganjaran. Selagi saya mampu membantu pasukan, ia menjadi keutamaan. Saya tidak fikir tentang Ballon d’Or, saya mahu Piala Dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAKAL diintai rapi pertahanan Croatia esok.
BAKAL diintai rapi pertahanan Croatia esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia