Harian Metro

WAGS LES BLUES TURUN PADANG

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kemenangan Perancis ke atas Belgium dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Rabu lalu bukan saja disambut penuh meriah di seluruh negara berkenaan, malah turut diraikan isteri dan teman wanita pemain (WAG’S) yang turut turun di Stadium St Petersburg.

Turut mengetuai sambutan kemenangan itu adalah pelakon kelahiran Kanada dan terkenal dengan drama bersiri, Baywatch, Pamela Anderson.

Pamela turut hadir ke St Petersburg untuk memberi sokongan padu kepada teman lelakinya, Adil Rami walaupun pertahanan Marseille itu tidak berada dalam kesebelasa­n utama.

Apa yang penting WAGS Perancis turun dalam ‘skuad utama’ bersamasam­a memberi sokongan padu kepada Les Blues yang akhir berjaya mara ke perlawanan akhir hasil kemenangan tipis

1-0.

Pamela dilihat duduk berdekatan teman wanita, Paul Pogba, Maria Salaues, iaitu seorang model yang sebelum ini bekerja sebagai ejen hartanah.

Maria yang berasal dari Bolivia juga dikatakan berasal dari keluarga kaya dan bekas pelajar di Universiti Bolivia dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Hadir bersama Maria ke stadium berkenaan ialah ibu dan adik-beradiknya yang lain dan desas-desus mengatakan dia sudah bertunang bersama Pogba apabila memakai sebentuk cincin bersaiz besar.

Selain Pamela dan

Maria turut berada di antara mereka ialah isteri penyerang Perancis, Olivier Giroud, Jennifer yang sudah berkahwin dengan pemain Chelsea itu sejak 2011.

Berbeza dengan WAG’S lain yang mengambil keputusan tidak memakai jersi Perancis, isteri kepada Blaise Matuidi, Isabelle kekal dengan memakainya dan menyarung jaket denim.

Dia juga mempunyai sebab tersendiri tersenyum sepanjang perlawanan apabila, suaminya kembali dalam kesebelasa­n utama seleps tamat penggantun­gan.

Mengikut jejak Isabelle ialah teman wanita Benjamin Pavard, Rachel Legrain Trapani, jersi putih yang dipakainya tertera nombor dan nama kekasih hatinya itu.

Rachel, yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik Perancis pada

2007, dilihat mencium pemain berusia 22 tahun itu di tempat duduk penonton ketika menumpaska­n Argentina di pusingan kedua.

Dia juga menambahka­n lagi kehangatan dalam menyokong pasukan negaranya itu dengan mewarnakan sedikit bahagian pipinya dengan warna biru, putih dan merah, simbolik bendera negara berkenaan.

 ??  ?? MARIA datang memberikan sokongan padu kepada Pogba.
MARIA datang memberikan sokongan padu kepada Pogba.
 ??  ?? RACHEL teman wanita pertahanan kanan, Pavard
RACHEL teman wanita pertahanan kanan, Pavard

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia