Harian Metro

HILANG SELERA SEPANYOL ‘BUNGKUS’

-

Siapa menduga, Sepanyol boleh ‘bungkus’ awal pada Piala Dunia kali ini, apatah lagi kalah kepada Russia yang langsung tidak diberi harapan untuk menjadi juara walaupun menjadi tuan rumah.

Maka, ramailah penyokong tegar Sepanyol yang terlalu kecewa, antaranya adalah pemain pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan.

Ia membuatkan Azhan ‘hilang selera’ untuk terus menonton perlawanan Piala Dunia. Apatah lagi bila pasukan ternama seperti Jerman, Barzil, Argentina dan Portugal turut mengucapka­n selamat tinggal.

Mujur juga Perancis masih kekal sehingga mara ke perlawanan akhir. Walaupun bukan penyokong pasukan itu namun Azhan meramalkan mereka akan mengalahka­n Croatia di final.

“Perancis mempunyai pertahanan yang mantap malah pemain bek mereka juga mampu menjaringk­an gol terutama dalam situasi bola mati sama ada melalui sepakan sudut atau tendangan bebas.

“Saya juga tertarik dengan cara mereka melakukan serangan balas yang pantas melalui (Paul) Pogba, (Kylian) Mbappe dan (Antoine) Griezmann.

“Namun, saya jangka perlawanan ini akan berlangsun­g sengit kerana Croatia juga mempunyai pemain hebat seperti Luka Modric dan Ivan Rakitic yang mampu menyusun serangan berkesan serta menjaringk­an gol dari jarak jauh.”

Azhan meramalkan Perancis menang 2-0.

Spy Bola: Ramal Croatia menang 2-0.

 ??  ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia