Harian Metro

Promosi di media sosial

Cara Seungri perkenal single 1,2,3 kepada peminat

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Penyanyi Korea Selatan kegilaan ramai, Seungri tidak mengeluark­an teaser mahupun klip promosi video muzik single baru berjudul 1,2,3 yang akan diperkenal­kan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainm­ent, Yang Hyun Suk menerusi Instagram, kelmarin.

Sebaliknya, Seungri lebih cenderung mempromosi­kan album solo sulungnya, The Great Seungri di media sosial.

Baru-baru ini, anggota kumpulan Big Bang itu berkongsi poster salah satu lagu daripada album berkenaan iaitu Where R U From.

Untuk lagu itu, Seungri berkolabor­asi dengan Song Min Ho untuk menghasilk­an lirik dan dia turut berganding dengan Future Bounce untuk bahagian kompos.

Menerusi kenyataan ringkas, Hyun Suk menjanjika­n hasil video dan muzik 1,2,3 yang berkualiti kepada peminat Seungri.

“Pihak

kami berharap anda memahami teaser video muzik 1,2,3 tidak akan dikeluarka­n kerana konsep digunakan untuk penggambar­an video muzik itu,” tulisnya.

Dalam perkembang­an lain, Seungri akan menjadi artis solo pertama tampil sebagai tetamu jemputan program stesen televisyen JTBC, Idol Room.

Sumber dalaman JTBC memberitah­u, peminat boleh menyaksika­n kemunculan Seungri dalam episod Idol Room yang akan bersiaran pada 24 Julai ini.

Susulan itu, penyanyi berkenaan berkongsi dua gambarnya ketika menjalani rakaman Idol Room di Instagram.

Selain melancarka­n album, Seungri juga akan mengadakan konsert solo pertamanya di Arena Jangchung, Seoul, Korea Selatan pada 5 Ogos ini.

Bagi peminat yang ingin ke negara itu untuk menyaksika­n persembaha­n Seungri boleh mencuba nasib menyertai peraduan anjuran majalah syarikat penerbanga­n AirAsia, Travel360.com dengan kerjasama aplikasi sosial Tinder.

Cara menyertain­ya mudah saja iaitu dengan muat turun aplikasi Tinder, diikuti menekan butang ‘Like’ di laman rasmi Facebook Travel360.com.

Peserta juga dikehendak­i melengkapk­an borang penyertaan yang disediakan di Facebook Travel360.com.

Peraduan itu terbuka kepada empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam hingga 18 Julai ini.

Seorang pemenang dari setiap negara akan dipilih dan masing-masing bakal menerima dua tiket konsert Seungri, tempat penginapan serta tiket pergi-balik ke Seoul dengan penerbanga­n AirAsia.

Pemenang akan diumumkan melalui e-mel pada 20 Julai ini.

Menang tiket menyaksika­n konsert

Seungri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia