Harian Metro

Buat laporan palsu disebut semula KUIH KAPIT ISTIMEWA

- Syaherah Mustafa news@nstp.com.my

Shah Alam: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 3 September depan bagi sebutan semula kes seorang ibu tunggal yang didakwa atas pertuduhan membuat laporan polis palsu, tahun lalu. Majistret P Sarulatha memutuskan demikian selepas pihak pembelaan tertuduh, Maya Ahmad Fuaad, 36, sudah menerima dokumen berkaitan daripada pihak pendakwaan.

Kecacatan tidak menghalang seorang remaja menghidap autisme menceburi bidang perniagaan menjual kuih kapit bagi meringanka­n beban keluargany­a sejak dua tahun lalu. Dengan sokongan ibu bapa dan keluargany­a, Muhammad Farid Fakhruddin Md Fauzan, 20, menjual kuih kapit dihasilkan sendiri selain promosi melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Penghidap autisme amat memerlukan sokongan orang ramai bukannya simpati termasuk saya.

“Berkat sokongan keluarga dan ibu bapa saya, Md Fauzan Deraman, 53, dan Roselina Mohamad Mahiddin, 53, saya mampu berniaga dan mencari duit sendiri.

“Saya menjual dan menerima tempahan kuih kapit pelbagai perisa seperti coklat, mentega kacang,

dan pada harga RM20 sehingga RM30 sebotol selain turut menerima tempahan kek dan biskut,” kata Muhammad Farid yang memiliki sijil Asas Kulinari daripada Kolej Komuniti Selayang.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Siput, dekat Pasir Tumboh, kelmarin.

Muhammad Farid berkata, melalui perniagaan ini dia dapat mengisi masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah selain dapat berjumpa ramai orang.

“Saya tidak berputus asa biarpun banyak peluang tidak diberi untuk orang seperti saya, malah akan terus mencuba dan berharap ada pihak sudi membantu saya mengembang­kan lagi perniagaan pada masa hadapan.

“Pihak tertentu sepatutnya membantu golongan seperti saya ini kerana kami juga nak berjaya dan buktikan kepada orang ramai kami mampu berdiri atas kaki sendiri,” kata penerima Anugerah Individu Autisme Terbaik 2018 anjuran Bank Rakyat.

Remaja autisme berniaga atas talian sejak dua tahun lalu berkat dorongan keluarga

 ??  ?? MUHAMMAD Farid menunjukka­n kuih kapit yang dihasilkan sendiri serta dijual melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
MUHAMMAD Farid menunjukka­n kuih kapit yang dihasilkan sendiri serta dijual melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
 ??  ??
 ?? FOTO: SYAHERAH MUSTAFA ?? MUHAMMAD Farid bersama ibunya, Roselina yang beri semangat kepadanya untuk berjaya.
FOTO: SYAHERAH MUSTAFA MUHAMMAD Farid bersama ibunya, Roselina yang beri semangat kepadanya untuk berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia