Harian Metro

KOMIK DULU-DULU

- Aizat Sharif news@nstp.com.my

Pegawai pengiklana­n sanggup belanjakan wang kumpul semula komik dan majalah humor klasik

Penerbitan komik dan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang, Geli Hati, Batu Api, Wak Dojer atau King Kong di Kuala Lumpur ternyata banyak menggamit nostalgia zaman kanak-kanak serta remaja bagi generasi yang banyak membesar ketika era 70-an hingga akhir 90-an.

Kecuali Gila-Gila, kebanyakan penerbitan komik serta majalah humor klasik berkenaan bagaimanap­un sudah pun terhenti disebabkan kenaikan kos penerbitan serta kepesatan teknologi maklumat semasa yang mana pembacaan komik serta majalah humor kini boleh dilayari menerusi Internet.

Namun, itu bukanlah penghalang seorang pegawai pengiklana­n, Rohaizad Yusuff, 49, dari Mukim Tobiar, Pendang yang sanggup membelanja­kan wang yang banyak untuk membeli serta mengumpul semula komik dan majalah humor klasik yang pernah menjadi bacaan waktu kecilnya dulu.

Malah, tidak dinafikan dia yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini, kini mempunyai koleksi lebih 1,000 komik atau majalah humor klasik dari era sebelum kemerdekaa­n sehinggala­h pada masa kini yang dianggarka­n mencapai harga lebih RM5,000.

Rohaizad atau lebih dikenali sebagai Roha berkata, walaupun dia mempunyai hanya sedikit saja koleksi komik serta majalah lawak humor sendiri, dia tidak pernah terfikir untuk mencari serta mengumpuln­ya sehingga mempunyai bilangan yang banyak.

“Saya mula mengumpul komik dan majalah humor ini sekitar empat hingga lima tahun yang lalu dan disebabkan saya bertugas sebagai pegawai pengiklana­n, jadi saya sebenarnya mula mengumpul memorabili­a atau barangan lama seperti papan tanda, poster serta papan iklan kedai kopi (kopitiam) terutama apa saja yang membabitka­n pengiklana­n.

“Apabila saya sudah mengumpulk­an segala benda ini, saya mula terfikir barangan yang dikumpulka­n ini sebenarnya memerlukan suatu belanja yang besar dan saya mula berfikir untuk mencari cara di mana saya boleh memanfaatk­an minat saya ini ke suatu perkara yang menguntung­kan.

“Selepas saya menerima senaskah komik lama daripada rakan, saya mula teruja untuk mengumpul komik dan majalah humor klasik ini dan tanpa bertangguh lagi saya pun mula menjual atau menukar koleksi iklan lama yang ada ini dengan mendapatka­n komik,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat beli-belah.

Roha mempunyai banyak koleksi komik serta majalah humor yang boleh dianggap klasik kerana sudah tidak diterbitka­n lagi seperti Ujang (keluaran No 2), Gado Gado, Raja Kelawar, Toyol, Geletek, Mat Jenin, Siri Pendekar dan bermacam lagi.

Katanya, bagi merealisas­ikan ‘kegilaanny­a’ dalam mengumpul majalah serta komik klasik itu, dia mula menjelajah ke pelosok ‘pasar karat’ di seluruh Kedah terutama di bandar raya ini untuk mencari majalah humor serta komik klasik yang pernah diterbitka­n suatu ketika dahulu.

 ??  ?? ROH AIZAD men u n ju kkan sebahagian komik yang dikumpulny­a.
ROH AIZAD men u n ju kkan sebahagian komik yang dikumpulny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia