Harian Metro

Paramount Corp buka wisma hijau

-

Paramount Corporatio­n Bhd, pemaju hartanah tempatan mengukuhka­n lagi pembabitan­nya dalam hartanah di utara Semenanjun­g dengan pembukaan Wisma Paramount, bangunan hijau pertama di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jeffrey Chew berkata, wisma itu yang turut menjadi galeri hartanahny­a adalah penanda aras bagi kumpulan membangunk­an lebih banyak hartanah di Kedah dan Pulau Pinang.

Chew berkata, wisma yang terletak di Bukit Banyan itu adalah sebahagian daripada pembanguna­n bercampurn­ya dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM1.1 bilion.

“Tiga fasa dengan GDV bernilai RM624 juta sudah dilancarka­n sejak 2012 dan kami masih mempunyai beberapa fasa lagi yang akan dibangunka­n sehingga 2025.

“Seiring dengan pengukuhan kami dalam hartanah di utara Semenanjun­g, adalah komitmen kumpulan memberikan sesuatu kepada komuniti di sini.

“Ia juga membawa kumpulan untuk meneroka pasaran hartanah di Pulau Pinang seperti Paramount Utropolis di Batu Kawan yang menjadi bandar universiti pertama di negeri itu.

“Model ini adalah rentetan daripada kejayaan Paramount Utropolis di Glenmarie, Shah Alam dengan membawa nilai GDV sebanyak RM2 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bukit Banyan adalah projek hartanah perbandara­n ketiganya di Kedah selepas Taman Patani Jaya dan Bandar Laguna Merbok.

 ?? Jeffrey Chew ?? Ia juga membawa kumpulan untuk meneroka pasaran hartanah di Pulau Pinang seperti Paramount Utropolis di Batu Kawan yang menjadi bandar universiti pertama di negeri itu”
Jeffrey Chew Ia juga membawa kumpulan untuk meneroka pasaran hartanah di Pulau Pinang seperti Paramount Utropolis di Batu Kawan yang menjadi bandar universiti pertama di negeri itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia