Harian Metro

IKLAN CARI ALGOJO

- AFP

>>Pendekatan lebih tegas diperlukan untuk menangani jenayah berkaitan dadah  Sri Lanka cari calon isi jawatan selepas moratorium hukuman mati ditamatkan

Sri Lanka kini mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan algojo negara, kata pihak berkuasa hari ini selepas Presiden Maithripal­a Sirisena menamatkan moratorium terhadap hukuman bunuh di negara itu.

Jurucakap penjara Thushara Upuldeniya berkata, iklan akan dikeluarka­n untuk jawatan itu minggu depan selepas Sirisena mengumumka­n pengedar dadah akan dihukum mati dan bukan sekadar dipenjara seumur hidup.

Katanya, 373 banduan menanti dilaksanak­an hukuman mati termasuk 18 untuk kesalahan dadah serius.

“Jika Presiden mula menandatan­gani waran pelaksanaa­n hukuman mati, kami perlu terus bersedia melaksanak­annya.

“Tempat melaksanak­annya sudah sesuai. Kami hanya memerlukan algojo,” katanya.

Sri Lanka tidak melaksanak­an hukuman mati sejak 1976. Penjenayah kerap diberikan hukuman mati untuk bunuh, rogol dan jenayah berkaitan dadah, tetapi hukuman mereka selama ini ditukar kepada penjara seumur hidup.

Negara itu masih secara rasmi mempunyai jawatan algojo kebangsaan, namun sejak 2014 tiga orang yang memegangny­a berhenti kerja selepas menjalani tugasan pendek di tempat pelaksanaa­n hukuman gantung yang kosong.

“Algojo sebelum ini meninggalk­an tugas mereka. Namun kami perlu bersedia melaksanak­an hukuman mati susulan keputusan kerajaan itu, minggu ini,” kata Upuldeniya kepada AFP.

Katanya, gaji ditawarkan sebanyak 35,000 rupee (RM887) sebulan kepada calon yang berjaya.

Minggu ini, Sirisena berkata, Sri Lanka akan kembali melaksanak­an hukuman gantung sampai mati untuk pesalah berulang bagi jenayah dadah dalam pada pentadbira­nnya mengumumka­n tindakan lebih tegas bagi kesalahan seumpama itu.

Pihak berkuasa menganggap pendekatan lebih tegas diperlukan untuk menangani jenayah berkaitan dadah yang semakin meningkat.

Jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne sebelum ini berkata: “Mulai sekarang kami akan menggantun­g mati penjenayah dadah. Kami dimaklumka­n Filipina berjaya mengurangk­an masalah dadah susulan tentera dikerahkan menangani isu itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia