Harian Metro

MISI SAMBAR PODIUM

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 Peng Soon, Liu Ying mahu bangkit di Kejohanan Dunia

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying optimis mampu menamatkan kemarau pingat Malaysia dalam acara itu pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos depan.

Kali pertama dan terakhir beregu campuran negara memenangi pingat pada Kejohanan Dunia adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid dengan meraih gangsa.

Peng Soon-Liu Ying yang melakar kejayaan muncul beregu campuran pertama negara mara ke final Terbuka Indonesia, Ahad lalu sebelum tewas kepada pasangan tuan rumah, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir yakin mereka mampu merealisas­ikan matlamat itu di Nanjing.

“Sasaran kami adalah untuk memenangi pingat tidak kira apa warna sekalipun. Jika berjaya ia akan menjadi pingat pertama untuk kami di Kejohanan Dunia, sekali gus menamatkan kemarau pingat Malaysia dalam acara beregu campuran, mara separuh akhir adalah fokus utama kami.

“Kami ada lebih kurang tiga minggu bagi membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia. Jadi, kami perlu manfaatkan tempoh yang ada ini sebaik mungkin terutama memperbaik­i kelemahan. Kejohanan Dunia satu kejohanan besar dan semua pemain utama akan beraksi, jadi ia bukan mudah,” kata Peng Soon.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui kejayaan menumbangk­an pasangan nombor satu dunia, Wang Yilyu-Huang Dongping serta nombor dua dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dalam laluan ke final Terbuka Indonesia meningkatk­an lagi tahap keyakinan mereka selepas bergelut dengan aksi tidak menentu sebelum ini.

“Sudah pasti pencapaian itu meningkatk­an lagi tahap keyakinan kami. Apa yang kami perlu lakukan sekarang adalah mencari cara untuk kekal konsisten. Mereka mungkin boleh menjadi lawan kami sekali lagi di Kejohanan Dunia, jadi kami perlu bersedia,” kata Peng Soon.

Kejayaan muncul naib juara Terbuka Indonesia menyaksika­n Peng Soon-Liu Ying melonjak ke ranking nombor lapan dunia, ketinggala­n satu tangga di belakang rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berada di kedudukan ketujuh.

 ??  ?? PENG Soon (kanan), Liu Ying yakin mampu realisasik­an matlamat pingat di Nanjing.
PENG Soon (kanan), Liu Ying yakin mampu realisasik­an matlamat pingat di Nanjing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia