Harian Metro

MOHON BATAL AGM PSM

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

“Sepatutnya hanya ahli gabungan (18 persatuan) boleh mengundi kerana mereka yang membayar yuran. Mereka seharusnya ada

kuasa menentukan kepimpinan PSM, bukan ahli yang dilantik

Markiman Kobiran

 Markiman dakwa terdapat lima atau enam perkara salah laku

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran memohon Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman (gambar) supaya membatalka­n keputusan pemilihan dan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), baru-baru ini, apabila mendakwa berlaku pelanggara­n dari segi perlembaga­an.

Markiman yang tewas dalam perebutan jawatan Presiden PSM, mendakwa ada lima atau enam perkara utama yang disifatkan­nya sebagai salah laku.

“Ada lima atau enam perkara asas namun paling utama adalah bilangan perwakilan yang layak mengundi di AGM. Saya sering mempertika­ikan pegawai yang dilantik pada AGM lalu adalah dilucut (tidak berhak undi) namun sebaliknya berlaku. Ada 36 ahli majlis yang dilantik masih boleh mengundi.

“Sepatutnya hanya

ahli gabungan (18 persatuan) boleh mengundi kerana mereka yang membayar yuran. Mereka seharusnya ada kuasa menentukan kepimpinan PSM, bukan ahli yang dilantik,” katanya.

Terdahulu Markiman mengadakan pertemuan dengan Zaiton bagi menyerahka­n petisyen berhubung AGM PSM pada 24 Jun lalu.

Sementara itu, Zaiton berkata, petisyen yang dihantar Markiman akan diteliti pihaknya dan masih sah walaupun sudah 20 hari AGM berlangsun­g.

“Kami masih menanti laporan maklumat yang kena beri (MYKB) daripada PSM berhubung AGM itu. Mereka mempunyai tempoh hingga 30 hari iaitu 23 Julai depan.

“Kami akan perhalusi petisyen Markiman dan sekiranya memang berlaku pelanggara­n Akta Pembanguna­n Sukan (APS) 1997, kami akan ambil tindakan tegas,” kata Zaiton.

Jelasnya, secara umum sekiranya persatuan sukan kebangsaan melanggar Seksyen 20 APS seperti mengemukak­an laporan palsu, tidak menghantar MYKB selama beberapa tahun dan sebagainya, mereka boleh digantung atau dibatal.

“Bagi kes ini, saya perlu lihat sekiranya berlaku pelanggara­n. Saya tidak boleh ulas lanjut kerana belum terima laporan PSM. Namun, wujud pelanggara­n jelas iaitu ada beberapa persatuan negeri tidak menghantar MYKB selama beberapa tahun,” ujarnya.

 ?? FOTO: ?? ZAITON (dua dari kiri) menerima petisyen daripada Markiman di Pejabat Pesuruhjay­a Sukan, Bukit Jalil, semalam.
AIZUDDIN SAAD
FOTO: ZAITON (dua dari kiri) menerima petisyen daripada Markiman di Pejabat Pesuruhjay­a Sukan, Bukit Jalil, semalam. AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia