Harian Metro

Insiden keganasan penyokong cemari kejayaan skuad B-19

-

Kuala Lumpur: Kejayaan skuad negara melangkah ke final Kejohanan B-19 AFF dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, malam kelmarin.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksika­n pertembung­an dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 2-3 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.

Jurulatih negara, Bojan Hodak

mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaska­n apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan hingga memaksa mereka berlari

(gambar)

masuk ke bilik persalinan untuk menyelamat­kan diri.

“Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalk­an padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera,” katanya.

“Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku.”

Kejayaan menundukka­n Indonesia membolehka­n anak buah Hodak menempah pertemuan final dengan Myanmar malam ini dan pengendali dari Croatia itu tetap melihat peluang untuk menang masih 50-50 meskipun mereka pernah mengalahka­n lawannya itu 1-0 di peringkat Kumpulan B.

“Bukan mudah untuk kami menewaskan Indonesia kerana ini perlawanan kelima dalam tempoh sembilan hari dan mereka juga mendapat sokongan padu penyokong. Bagi saya perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini 50-50 dan kami kena bersedia.

“Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya perlu nilai situasi ini sebelum membuat keputusan siapa yang akan bermain di final,” kata Hodak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia